True

Macam Pergi Kedai Dan Pilih
Berita Harian, April 24, 2020



MEMANFAATKAN TEKNOLOGI: Dengan menggunakan teknologi 3D, faktor interaktif seperti pengecaman suara dan bantuan kecerdasan buatan (AI) juga boleh dijangkakan oleh pelanggan semasa mereka berbelanja di laman BazaarRia. - Foto ihsan ABU BAKAR MOHAMED NOR


Walaupun acara bazar Ramadan tidak dapat dianjurkan di seluruh Singapura tahun ini berikutan langkah lebih ketat pemerintah bagi mengekang penularan Covid-19, namun pengguna dapat terus membeli-belah dengan adanya pelbagai bazar dalam talian yang dianjurkan. Wartawan NATASHA MUSTAFA (nmustafa@sph.com.sg) dan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau beberapa bazar dalam talian.

MEMBELI-BELAH melalui alam maya dulu adalah sesuatu yang kita tidak dapat dibayangkan.


Namun dengan teknologi inovatif baru pada abad ke-21 ia kini menjadi kenyataan.

Memanfaatkan teknologi maya tiga dimensi (3D), Pengerusi Mi Planets Pte Ltd, Encik Abu Bakar Mohamed Nor berharap dapat membuat pengalaman belanja dalam talian sedekat mungkin kepada membeli-belah secara fizikal.

Dengan adanya teknologi seperti pengimbasan 3D, Encik Abu Bakar ingin menyediakan wadah e-dagang, BazaarRia, terutamanya bagi golongan peniaga Melayu di mana kedai runcit fisikal mereka dapat terus mengekalkan perniagaan dalam talian.

"Memang mengikut keadaan kini, di mana bazar sudah dibatalkan dan kita tidak dapat berbelanja seperti biasa di kedai fisikal, BazaarRia kini akan menjadi satu wadah alternatif. Ini bukan hanya untuk peniaga menjual barangan mereka tetapi juga bagi pelanggan yang boleh mendapatkan interaksi 3D yang pasti menyeronokkan.

"Melalui teknologi baru ini, perniagaan e-dagang ini akan bertukar dan mengubah pengalaman para pelanggan dalam masa akan datang," katanya.

Menurut beliau, BazaarRia dibangunkan secara bersama dua syarikat lain iaitu, Vizzio Technologies Pte Ltd, sebuah syarikat permodelan kecerdasan buatan ruang 3D serta InfoFabrica Holdings Pte Ltd, firma simpanan 'cloud'.

Mengongsi dengan lebih lanjut, beliau yang juga merupakan pengerusi kedua-dua syarikat tersebut berkata, dengan mengunakan teknologi 3D, faktor interaktif seperti pengecaman suara dan bantuan kecerdasan buatan (AI) juga boleh dijangkakan oleh pelanggan semasa mereka berbelanja di laman BazaarRia.

"Contohnya, kalau anda tanya 'Berapa harga ini?', AI itu akan dapat mengenali soalan itu dan memberi jawapan yang mereplikasi pengalaman membeli-belah seperti biasa.

"Insya-Allah saya dan pasukan saya kini sedang menetapkan norma yang baru mengenai bagaimana perniagaan runcit berubah dengan teknologi terkini," jelasnya sambil menambah bahawa wadah ini akan dilancarkan pada awal bulan depan.

Apabila di hubungi Berita Harian, Encik Abu Bakar juga berkata dengan kerjasama Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), inisiatif ini akan dapat membantu para peniaga Melayu setempat yang terjejas semasa penularan Covid-19.

Menyentuh kerjasama bersama DPPMS, Encik Abu Bakar, yang juga timbalan presiden pertubuhan tersebut, berkata BazaarRia adalah sebuah platform yang boleh dimanfaatkan para peniaga melau dalam usaha pendigital mereka, selaras dengan misi DPPMS untuk menyokong perniagaan dalam transformasi digital mereka.

Difahami, setakat ini mereka sudah pun mempunyai sebanyak 15 peniaga yang akan berada di laman BAzaarRia dan sedang dalam perbincangan bersama perniagaan lain.

Menurut beliau, wadah e-dagang ini adalah satu antara rancangannya untuk menggunakan teknologi 3D untuk menguruskan perniagaan dan perkhidmatan.

Selain mengunakan teknologi untuk e-dagang, Enck Abu Bakar merancang untuk mememanfaatkan sektor pengurusan hartanah serta perkhidmatan kejuruteraan.

"BazaarRia hanya permulaan untuk Mi Planets meneroka bagaimana kita boleh mengunakan teknologi baru untuk mengubah bagaimana mereka beroperasi terutamanya dalam keadaan seperti ini. Saya berharap untuk terus memanfaatkan teknologi ini untuk sektor-sektor lain dalam masa akan datang," ujarnya.


“Memang mengikut keadaan kini, di mana bazar sudah dibatalkan dan kita tidak dapat berbelanja seperti biasa di kedai fisikal, BazaarRia kini akan menjadi satu wadah alternatif. Ini bukan hanya untuk peniaga menjual barangan mereka tetapi juga bagi pelanggan yang boleh mendapatkan interaksi 3D yang pasti menyeronokkan. Melalui teknologi baru ini, perniagaan e-dagang ini akan bertukar dan mengubah pengalaman para pelanggan dalam masa akan datang.’’
- Pengerusi Mi Planets Pte Ltd, Encik Abu Bakar Mohamed Nor



online-storesg
24 April, 2020
Share this post
Our blogs
Archive
Sign in to leave a comment
Pengalaman belanja 3D Raya ini
Berita Harian, Apr 20, 2020